Amalan perubatan Perubatan

The Doctor oleh Sir Luke Fildes (1891)

Sumber perubatan dan amalan perubatan adalah berbeza merentasi dunia disebabkan oleh perbezaan budaya dan teknologi di setiap kawasan. Perubatan saintifik moden berkembang maju di negara-negara Barat, sementara negara-negara membangun seperti sebahagian Afrika dan Asia, masyarakat mungkin lebih bergantung kepada perubatan tradisional dengan kekurangan bukti dan keberkesanan and tidak memerlukan latihan secara formal bagi pengamal-pengamalnya.[4] Walau bagaimanapun, di negara-negara maju penggunaan perubatan berasaskan bukti masih tidak digunakan secara menyeluruh; contohnya, sebuah tinjauan berkenaan ulasan tulisan pada tahun 2007 telah menemukan bahawa 49% daripada intervensi yang dilakukan adalah kekurangan bukti-bukti yang mencukupi untuk menyokong sama ada ia akan memanfaatkan atau memudaratkan.[5]

Dalam amalan perubatan moden, doktor-doktor akan menilai pesakit-pesakit secara sendiri bagi [diagnosis|mendiagnosis]], merawat, dan mencegah penyakit menggunakan penilaian klinikal. Hubungan doktor-pesakit kebiasaannya bermula dengan interaksi beserta pemeriksaan riwayat perubatan dan rekod perubatan pesakit, dan diteruskan dengan temuramah perubatan[6] dan pemeriksaan fizikal. Peranti perubatan diagnostik asas (eg. stetoskop, depresor lidah) selalunya digunakan. Selepas pemeriksaan untuk tanda-tanda dan menemuramah untuk gejala-gejala, doktor berkenaan mungkin akan memesan ujian perubatan (contohnya ujian darah), mengambil biopsi, atau memberikan ubat farmaseutikal atau lain-lain. Kaedah diagnosis kebezaan menolong untuk mengesampingkan sebahagian penyakit berdasarkan informasi yang telah diberikan. Ketika pertemuan tersebut, memberitahu pesakit dengan betul berkenaan fakta-fakta yang relevan ialah satu bahagian yang penting daripada hubungan tersebut dan mewujudkan kepercayaan. Temujanji perubatan tersebut kemudiannya direkodkan di dalam rekod perubatan, yang merupakan dokumen undang-undang dalam kebanyakan bidang kuasa.[7] Temujanji susulan mungkin lebih pendek, tetapi masih mengikuti langkah umum yang sama, dan begitu juga yang dilakukan oleh pakar-pakar rujuk perubatan. Diagnosis dan rawatan mungkin mengambil masa beberapa minit sehingga beberapa minggu, bergantung kepada kerumitan isu tersebut. Berikut adalah komponen-komponen sebuah temuramah dan temujanji perubatan[6]

  • Aduan utama: sebab untuk lawatan perubatan terkini. Ini merupakan gejala. Ia ditulis dalam bentuk kata-kata pesakit sendiri, dan direkodkan bagi setiap perjumpaan. Ia juga dikenali sebagai aduan terkini.
  • Riwayat penyakit terkini: peristiwa-peristiwa berkenaan gejala-gejala yang dihidapi pesakit, yang disusun secara kronologi, beserta penjelasan lanjut mengenai setiap gejala. Dibezakan dengan riwayat penyakit yang lalu, yang selalunya digelar sejarah perubatan lama. Riwayat perubatan merangkumi kedua-dua riwayat penyakit terkini dan riwayat perubatan lama
  • Aktiviti sekarang: pekerjaan, hobi, rutin yang dilakukan oleh pesakit
  • Ubat-ubatan (Rx): ubat-ubatan yang kini diambil oleh pesakit, termasuk yang dipreskripsikan, tanpa preskripsi, dan ubat-ubatan rumah, termasuklah ubatan alternative dan herba-herba. Alahan-alahan juga direkodkan.
  • Riwayat perubatan lama: masalah perubatan yang berlaku serentak dengan penyakit terkini, kemasukan hospital dan pembedahan-pembedahan yang lepas, penyakit berjangkit yang lepas or vaksinasi, riwayat alahan-alahan yang diketahui.
  • Riwayat sosial: tempat lahir, tempat tinggal, sejarah perkahwinan, status sosial dan ekonomi, tabiat kebiasaan (termasuk gizi, ubat-ubatan, rokok, dan pengambilan alkohol.
  • Riwayat keluarga: senarai penyakit-penyakit dalam keluarga yang boleh memberi kesan kepada pesakit. Salasilah keluarga juga digunakan.
  • Tinjauan sistem atau "pertanyaan sistem": soalan-soalan tambahan untuk ditanyakan, yang kemungkinan terlepas ketika riwayat perubatan terkini: soalan secara umum {adakah anda perasan akan kekurangan berat badan, perubahan dalam kualiti tidur, demam-demam, benjolan atau gumpalan? dan sebagainya), disusuli dengan soalan-soalan berkenaan sistem utama tubuh badan (jantung, paru-paru, saluran pencernaan, saluran kencing, dan sebagainya).

Pemeriksaan fizikal ialah pemeriksaan yang dilakukan ke atas pesakit bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit, yang dilakukan secara objektif dan berdasarkan apa yang dapat dilihat, manakala gejala-gejala adalah apa yang diluahkan oleh pesakit, dan tidak semestinya boleh didapati secara objetif dan dapat dilihat.[8] Pihak penjagaan kesihatan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan adakalanya penghiduan (eg. dalam jangkitan, uremia, ketoacidosis diabetes). Empat langkah-langkah berikut adalah asas bagi pemeriksaan kesihatan: pemeriksaan (peng, palpasi (sentuhan), perkusi (mengetuk bagi menentukan bunyi gemaan) dan auskultasi (mendengar), kebiasannya menuruti urutan tersebut, walaupun adakalanya auskultasi dilakukan sebelum perkusis dan palpasi untuk pemeriksaan abdomen.[9]Pemeriksaan kesihatan melibatkan pemeriksaan bagi:

Ia selalunya menumpukan bahagian yang ditekankan dalam riwayat perubatan, dan mungkin tidak menyertakan segalanya yang dinyatakan di atas.Pelan rawatan mungkin disertakan dengan memesan ujian-ujian [makmal perubatan]] dan pengimejan perubatan, terapi awal, rujukan kepada pakar, ataupun pemerhatian rapi. Temujanji susulan mungkin dimaklumkan. Bergantung kepada pelan insurans kesihatan dan sistem pengurusan penjagaan, pelbagai bentuk “kajian semula kemudahan” seperti kebenaran awal untuk ujian-ujian, berkemungkinan meletakkan halangan pada penggunaan kemudahan yang lebih mahal.[10]Proses membuat keputusan dalam perubatan melibatkan analisis dan sintesis data daripada perkara-perkara di atas, bagi menghasilkan diagnosis-diagnosis yang munasabah (diagnosis kebezaan), bersama dengan pelan selanjutnya bagi mendapatkan diagnosis yang definitif yang boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh pesakit. Pada temujanji yang berikutnya, proses ini boleh diulangi dengan lebih ringkas bagi mendapatkan mana-mana riwayat, gejala-gejala, atau tanda-tanda yang baru, bersama dengan keputusan makmal atau pengimejan atau konsultasi bersama pakar perubatan.

Rujukan

WikiPedia: Perubatan http://www.racp.edu.au/index.cfm?objectid=49EF1EB5... http://www.medicine.mcgill.ca/MJM/issues/v08n01/cr... http://www.blackwellpublishing.com/eccmid16/abstra... http://www.britannica.com/eb/article-9106176?query... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://journals.lww.com/nursing/Fulltext/2006/1100... http://www.managedcaremag.com/archives/0401/0401.f... http://www.medicalnewstoday.com/articles/161858.ph... http://www.mercksource.com/pp/us/cns/cns_hl_dorlan... http://michaelservetusresearch.com/ENGLISH/works.h...